Never have I thought I'd come to this. BLOGGING! All the while I'd rather keep myself busy reading blogs of other people, until one day, when I came across a blog that belongs to my ex-classmate from King Edward VII Primary School, Taiping. I have high regard for him, for having the talent and time to put up such lengthy writing on his thoughts and experience. And they are all about this and that, like many other other blogs.
I have to thank my dearest friend, Mohd Zaki Isa, for he is the one who "made" me to become a blogger. If not for his email telling me that Rahman Hariri runs his own blog, I'd never have searched for such blog and found http://rahmanhariri.blogspot.com and then to create my own from there.
Well, I have started blogging. Others can too. So to all my friends out there, let's start blogging. Let your thoughts and experience be known and shared. The whole world might be reading you, who knows.
Tak pernah aku sangka yang aku akan sampai ke tahap ini. BLOGGING! Selama ini aku lebih suka menyibukkan diri aku dengan melayari blog-blog orang lain sehinggalah, pada suatu hari, apabila aku menemui satu blog kepunyaan bekas rakan sekelasku dari Sekolah Rendah King Edward VII, Taiping. Memang aku tabik dengan dia kerana ada masa dan bakat untuk mengarang dengan panjang lebar tentang pemikiran dan pengalamannya.Tulisannya tentang itu dan ini, serupa macam kebanyakan blog yang lain.
Aku terpaksa berterima kasih kepada kawan baikku, Mohd Zaki Isa, kerana dialah yang "menjadikan" aku seorang blogger. Kalaulah tidak kerana emailnya yang memberitahu aku Rahman Hariri sudah ada blog sendiri, sudah pasti aku takkan tercari-cari blog tersebut dan terjumpa http://rahmanhariri.blogspot.com lantas membuat blogku sendiri dari situ.
Nah, aku dah mula blogging [Ini kerja susah, aku tak pandai nak translate perkataan blogging ke Bahasa Melayu. Aku tak rasa tak ada terjemahannya. Atau mungkin DBP boleh fikirkan sesuatu sama ada menterjemahkannya atau menerima pakai langsung penggunaannya.] Jadi buat kawan-kawan semua, jom kita blogging. Izinkan pemikiran anda diketahui dan dikongsi. Manalah tau, seisi dunia akan membaca anda.
June 13th 2008 / 13 Jun 2008. Bukit Mertajam, Pulau Pinang
June 13th 2008 / 13 Jun 2008. Bukit Mertajam, Pulau Pinang
2 comments:
syabas. keep on your good work.
syiok jugak aku baca tulisan hg ni
Post a Comment