Di bawah ini dipetik semula berita yang disiarkan untuk bercerita tentang orang yang tak pandai. Kalau pemimpinnya tidak pandai, dapatkah kita bayangkan bagaimana pula pengikut-pengikutnya. Tentu JAUH LEBIH TIDAK PANDAI. Tetapi disebabkan ketaksuban membuta atas nama agama [YANG DIPOLITIKKAN] maka yang tak pandaipun diiktiraf menjadi pandai, sedangkan yang pandai pula telah jatuh martabatnya menjadi tidak pandai.
Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah
Intan Abdullah intan@harakah.net.my Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat May 23, 09 4:25:22 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.
[KOMEN BLOGGER: MASA BILA PULA RAKYAT YANG MELANTIK KESEMUA MENTERI-MENTERI BESAR YANG ADA DI MALAYSIA? PERLU DIINGAT BAHAWA SEMASA PILIHANRAYA, PENGUNDI-PENGUNDI HANYA MEMILIH WAKIL MEREKA SEBAGAI DUN DAN AHLI PARLIMEN SAHAJA.
TIDAK PERNAH SEKALIPUN PENGUNDI-PENGUNDI MALAYSIA MENGUNDI MEMILIH MENTERI BESAR, HATTA PERDANA MENTERI SEKALIPUN. KITA BUKAN REPUBLIK MACAM AMERIKA SYARIKAT YANG KELUAR MENGUNDI UNTUK MEMILIH PRESIDEN NEGARA DAN GABENOR NEGERI MASING-MASING.
ORANG PERAK TIDAK PERNAH BERI MANDAT KEPADA NIZAR UNTUK MENJADI MB PERAK SEBAGAIMANA ORANG KELANTAN TIDAK PERNAH BERI MANDAT KEPADA TOK GURU NIK AZIZ MENJADI MB KELANTAN.
MB HANYALAH JAWATAN LANTIKAN OLEH SULTAN DAN PEMEGANG JAWATAN HANYALAH PROKSI, AGEN DAN PENGKHIDMAT KEPADA TUANKU SULTAN SAHAJA.]
Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.
[KOMEN BLOGGER: MENGENAI DAKWAAN BAHAWA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN TIDAK ISLAMIK BUKAN DALAM BIDANGKUASA BLOGGER.
NAMUN ADALAH SALAH UNTUK MENDAKWA BAHAWA KEPUTUSAN TERSEBUT TIDAK BERPANDUKAN KEPADA MANA-MANA SISTEM DEMOKRASI.
SAYUGIA DIINGATKAN BAHAWA MALAYSIA MENGAMALKAN DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN. HAK RAKYAT DAN HAK RAJA TELAH DISELARASKAN. HAK RAKYAT MEMILIH DI KALANGAN MEREKA WAKIL DAN PEMIMPIN RAKYAT, MANAKALA RAJA PULA DIBERI HAK UNTUK MEMILIH DI KALANGAN WAKIL DAN PEMIMPIN RAKYAT UNTUK BERKERJA BERSAMA-SAMA BAGINDA MEMERINTAH DAN MENTADBIR NEGERI.]
"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.
[KOMEN BLOGGER: KOMEN DI ATAS DIULANGI.]
Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.
[KOMEN BLOGGER: INILAH TOHMAHAN YANG SENGAJA DIJAJA UNTUK MEMBURUKKAN NAMA LAWAN DAN MEMENANGI HATI PENYOKONG. DIRI SENDIRI DILIHAT SABAGAI MANGSA KEZALIMAN. PERSOALANNYA: APABILA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SENDIRI YANG DENGAN RELA HATI MENINGGALKAN BARISAN, MAKA ADAKAH ITU DIPANGGIL RAMPASAN KUASA?
BELAJARLAH MENERIMA KESILAPAN DAN KESALAHAN SENDIRI DARI SENANTIASA MENYALAHKAN ORANG LAIN.]
"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.
[KOMEN BLOGGER: BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH SWT KERANA UMNO-BN TIDAK PERNAH BUAT HAL DI DUN KELANTAN WALAUPUN PAS HANYA ADA MAJORITI SATU [1] KERUSI PADA PRU 2004.
JANGAN SUKA TUDUH MELULU]
"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.
[KOMEN BLOGGER: KOMEN DI ATAS DIULANGI.]
Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
[KOMEN BLOGGER: TIADA SIAPAPUN YANG MENGATAKAN NIZAR MENGAMBIL JALAN SALAH DENGAN MENGADAP SULTAN MEMOHON DIBUBARKAN DEWAN.
NAMUN DEMIKIAN, KUASA DAN BUDIBICARA SULTAN JUALAH YANG MEMUTUSKAN SAMA ADA UNTUK MEMBUBARKAN DUN ATAU TIDAK. BUKANNYA KUASA DAN BUDIBICARA NIZAR ATAU RAKYAT ATAU UMNO ATAU MANA-MANA PIHAK. ITULAH PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN DI SEBUAH NEGERI DENGAN RAJA BERPERLEMBAGAAN NAMANYA.]
Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.
"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.
[KOMEN BLOGGER: PEMBACA SEKELIAN, PANDAI-PANDAILAH BUAT KOMEN SENDIRI.]
Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.
"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.
[KOMEN BLOGGER: PEMBACA SEKELIAN, PANDAI-PANDAILAH BUAT KOMEN SENDIRI.]
"Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.
[KOMEN BLOGGER: MORAL? MARUAH? ATAU MUNGKIN PR DAN PAS TAK BERPUAS HATI KERANA TIADA LAWAN YANG KUAT UNTUK MEREKA PERANGI DI PENANTI.
MUNGKIN PAS SENDIRI PERLU TANYA DIRI MEREKA: ADAKAH PAS PARTI BERMORAL DAN BERMARUAH SEJAKSEKIAN LAMA? TEPUK DADA TANYA SELERA]
Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.
"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.
Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. - mks._
This is Zulkifli Zabidin's personal blog of his personal view and passage that he is passing through of this and that OR as they say it in Bahasa Melayu, itu ini. Being a bi-lingual do expect to see the expression here to be in this and that, Bahasa Melayu and English.
Saturday, May 23, 2009
Friday, May 22, 2009
Dr Zambry menang di Mahkamah Rayuan
Berita yang dinantikan oleh ramai pemerhati semenjak semalam lagi sudah terjawab. Rayuan YAB Dato' Seri Dr Zambry telah diterima oleh Mahkamah Rayuan dengan keputusan majoriti lantas membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi minggu lepas.
Walaupun Dr Zambry telah memenangi rayuannya petang tadi, kemenangan tersebut belum boleh disambut sorak sorai kerana keputusan tersebut masih lagi boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
Inilah sistem keadilan Malaysia. Ada proses rayuan yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja yang terkilan. Hakikat yang semestinya diterima oleh semua ialah bahawa Mahkamah Persekutuanlah penentu paling muktamad dalam isu ini.
Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin patut akur dengan proses keadilan yang sedang mengambil tempat. Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang tidak memihak beliau tidak semestinya betul, dan ini telah dibuktikan dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi.
Pada peringkat ini, keputusan Mahkamah Rayuan pula tidak semestinya betul. Hal ini kerana Mahkamah Persekutuan masih lagi boleh mengkaji semula keputusan Mahkamah Rayuan sedemikian.
Semangat yang perlu ada dalam diri rakyat Malaysia untuk mengelak dari sebarang kemelut politik ialah berlapang dada. Berlapang dada menerima apa jua keputusan Mahkamah setelah para peguam terlibat mengemukakan hujah masing-masing.
Dakwaan bahawa ada 'tangan-tangan ghaib' dan 'hakim boleh dibeli' adalah dakwaan paling jahat yang boleh diutarakan. Bagaikan satu usaha untuk menyalahkan orang lain semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Monday, May 18, 2009
PENGAKUAN : SIRI PENGENALAN
Ada beberapa pengakuan yang ingin penulis buat tetapi terpaksa dipendamkan selama ini. Dalam keadaan sekarang yang begitu memuncak lagi tegang, semakin meluap-luaplah keinginan penulis membuat pengakuan kepada khalayak sehinggakan tidak terbendung lagi.
Pengakuan penulis bukanlah sesuatu yang sensasi. Sensasi ada di tempat lain di segenap pelusuk maya. Sebaliknya, pengakuan penulis sekadar mahu menyatakan betapa tidak berkenannya penulis dengan beberapa buah parti politik yang ada di Malaysia sama ada yang lama maupun yang baru.
'Tidak berkenan' merupakan frasa selembut dan sesederhana mungkin yang boleh penulis fikirkan setakat ini untuk menyatakan perasaan penulis terhadap parti-parti politik berkenaan. Kalau diikutkan hati mahu rasanya penulis memberikan label-label yang lebih keras lagi ekstrem sebagai tanda demonstrasi perasaan diri.
Bagi penulis, parti-parti ini sudah lama berperang dan bermain api semata-mata untuk merealisasikan impian mereka yang belum kecapaian untuk membentuk kerajaan yang sah bagi memerintah negara. Api yang telah lama mereka marakkan tidak lagi boleh diperangi dengan air dek besar dan hangatnya bahang api yang telah mereka cetuskan.
Bagi penulis, api merah penuh marah dan benci yang ada pada hari ini hanya boleh dilawan dengan api. Biar api lain dan lebih besar yang dapat mengecilkan api yang sedia ada. Tetapi, janganlah sampai agama Islam dan orang Melayu sendiri yang hancur dalam permainan api ini.
Namun demikian, setakat itulah saja imaginasi penulis tentang api. Penulis masih lagi waras serta munasabah dan masih lagi enggan untuk melabelkan parti-parti tersebut dengan pelbagai nama yang jelek.
Melabelkan parti-parti komponen kerajaan dengan lelucon menghina merupakan perbuatan keji yang pernah dilakukan oleh parti-parti penentang kerajaan. Malah mereka masih melakukannya sehingga ke hari ini. Cukuplah perbuatan mereka itu menjadi bukti betapa ceteknya pemikiran pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut mereka menggunakan label jengkel untuk mewujudkan perasaan marah dan benci.
Tidak sanggup penulis merendahkan martabat diri dengan tunduk terikut-ikut dan meniru kaedah permainan mereka yang boleh dianggap low class dan tidak bercita rasa. Penulis masih ada maruah dan harga diri yang tidak ternilai. Penulis masih beragama dan percayakan Tuhan serta tiada kesanggupan melacurkan agama dan nama Tuhan sebagai gimik meraih populariti politik, jawatan dan kekayaan.
Memang penulis masih percaya kepada demokrasi, hak asasi manusia, hak rakyat dan segala macam hak yang diperjuangkan parti-parti ini. Namun, bagi penulis, semua itu ada hadnya, tergaris batas sempadannya dan tersyarat kemunasabahannya. Pernah pada suatu masa penulis cuba membaca akhbar terbitan parti-parti politik ini. Pada fikiran penulis, kenapa perlu membaca akhbar-akhbar aliran perdana semata-mata sedangkan ada alternatif lain untuk mendapat berita dan maklumat.
Namun, kembara penulis ke alam berita dan maklumat parti-parti ini hanya bertahan sekejap sahaja. Tidak berbaloi untuk penulis berbelanja menghabiskan wang ringgit disebabkan kaedah penyampaian berita dan pemerosesan maklumat yang teramat dengkal dipamerkan oleh akhbar parti-parti berkenaan.
Sebagaimana low class dan tidak begitu bercita rasa para pemimpin dan ahli-ahli parti berkenaan sehingga tercermin dalam paparan berita dan maklumat di akhbar-akhbar mereka. Akhbar-akhbar tersebut menerbitkan rasa mual dan pelik yang teramat sangat dalam diri penulis.
Akhbar khusus yang menimbulkan rasa pelik dalam diri penulis ialah akhbar parti yang mendakwa parti mereka sebagai wadah perjuangan Islam. Dengan majoriti kandungan akhbar parti itu yang mengutuk, menghina, mencaci dan mengherdik kerajaan dan parti-parti kerajaan termasuk para pemimpin terdapat pula ruangan agama yang pelbagai sifat dan kandungannya.
Dalam satu hal, mereka bertingkah bagaikan orang yang tidak beragama atau bertuhan dengan dakwaan-dakwaan jahat yang mereka lontarkan. Dalam hal yang lain pula, mereka berbicara seolah-olah merekalah yang selayaknya menjadi ahli syurga. Sungguh ironis.
Penulis akui, simpati penulis pada parti-parti ini khususnya yang mendabik dada mengakui sebagai pejuang agama mula melalui proses metamorfosis kepada marah, meluat dan kini benci. Cubaan penulis untuk mereda dan menyejukkan kemualan, kemarahan dan kebencian yang membara masih lagi tidak berhasil.
Agaknya, itulah balasan Tuhan kepadsa perbuatan parti-parti berkenaan yang menyiarkan
berita serta maklumat sebagai bahan semata-mata untuk menimbulkan kemarahan pembaca mereka supaya khalayak membenci kerajaan dan parti-parti yang membentuk kerajaan. Akhirnya kemarahan serta kebencian terpalit dan terkena kepada batang hidung mereka sendiri.
Penulis pasti tidak berkeseorangan dengan perasaan meluat tahap maksima terhadap parti-parti yang tidak bertanggung jawab ini. Sebenarnya ramai lagi yang berkongsi perasaan ini. Bezanya, mereka tidak mahu meluahkan rasa marah dan mual yang terpaksa mereka tanggung.
Ada justifikasinya terhadap rasa mual, marah dan benci yang tertanggung selama ini. Banyak kewajarannya, malah begitu kukuh sebab musababnya.
Boleh penulis bayangkan bagaimana benci dan marahnya para pemimpin dan ahli parti-parti tersebut. Dengan kedudukan seri, kita berkongsi perasaan yang sama, saling benci dan membenci.
Tidakkah ini petanda buruk untuk sebuah negara, untuk suatu alam bergelar Melayu, malah untuk suatu agama yang penuh kebenaran dengan segala kesucian?
Memadai didedahkan serba sedikit pengakuan penulis. Niat asal penulis ialah untuk menderaf karangan bertajuk Pengakuan : Siri 1 melibatkan sebuah parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia. Nampaknya tulisan ini terpaksalah penulis namakan semula, PENGAKUAN : SIRI PENGENALAN.

Tuesday, May 12, 2009
NIZAR PALING SEKEJAP DUDUKI KERUSI MB PERAK
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian Rayuan & Kuasa-Kuasa Khas) telah memutuskan YB Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan pada masa yang sama menolak permohonan Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menggantung keputusan tersebut. Maka berhari rayalah Nizar dan konco-konconya.
Hari ini, Mahkamah Rayuan pula membenarkan permohonan Dr. Zambry untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Nampaknya, sekejap sahajalah sambutan perayaan oleh Nizar. Pada mulanya Dr. Zambry mungkin MB Perak paling pendek tempoh jawatannya, tetapi ada lagi yang lebih pendek.
Nizar masuk pejabat MB pukul 7.30 pagi (sesuatu yang teramat luar biasa melainkan dibuat oleh seorang yang kemaruk dan gila kuasa di tengah-tengah kekhuatiran kerana jawatannya bagai telur di hujung tanduk) dan terpaksa keluar pejabat pukul 2.45 petang tadi belum pun hari pertamanya bekerja tamat.
Itulah padahnya orang yang tergopoh-gapah. Seseorang yang percaya kepada kedaulatan dan undang-undang tidak akan bertindak rakus seumpama Nizar. Tambahan pula Nizar dikelilingi oleh para peguam yang menggelar diri mereka bijaksana.
Mahkamah Tinggi bukanlah yang teratas dalam rantaian institusi keadilan di Malaysia. Di atas Mahkamah Tinggi terletak Mahkamah Rayuan. Di atas Mahkamah Rayuan pula, terwujud Mahkamah Persekutuan. Justeru, Mahkamah Persekutuanlah yang terakhir sekali menentukan nasib Nizar dan Dr. Zambry.
Walaupun Dr. Zambry diberikan penggantungan, itu bukanlah penyebab untuk diadakan keraian. Kemungkinan Nizar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tidak boleh dinafikan kerana sememangnya itu hak beliau.
Dr. Zambry boleh menerima keputusan Mahkamah Tinggi. Maka boleh dibayangkan yang Dr. Zambry juga akan boleh menerima apa jua keputusan Mahkamah selepas ini.
Persoalannya : bolehkah Nizar mempamerkan sikap yang sama? Alangkan keputusan Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pun sanggup disanggahnya, inikan pula perintah Mahkamah yang tidak memihak kepada beliau. Tambahan pula beliau pernah membuat kenyataan berbentuk pre-emptif dengan mengatakan yang Mahkamah di Malaysia tidak bebas.
Memang Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Nizar MB Perak yang sah, namun demikian keputusan tersebut belum muktamad. Yang bakal memuktamadkan isu itu ialah Mahkamah Persekutuan.
Disebabkan Nizar tidak mahu beralah dan membawa kesnya ke Mahkamah, maka biarlah Mahkamah yang meleraikannya. Sekirannya Mahkamah Tinggi telah diberi peluang untuk membuat pentafsiran mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, kini izinkan pula Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan memberikan pentafsiran mereka pula.
Ada baiknya dibiarkan Mahkamah yang lebih tinggi membuat pentafsiran kerana ada duluan kehakiman untuk diikuti pada masa hadapan sekiranya berlaku konflik yang sama.

Tuesday, May 5, 2009
Jangan Jaja Nama Rakyat dan Demokrasi
Semenjak berlakunya apa yang didakwa sebagai krisis perlembagaan di negeri Perak awal Februari lepas, Pakatan Rakyat tidak henti-henti merayu dan meminta supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan. PR berhujah bahawa hak hendaklah dikembalikan kepada rakyat supaya rakyat sendiri yang menentukan siapakah yang rakyat mahu pilih untuk membentuk kerajaan negeri, PR atau Barisan Nasional.
Keadaan kini tambah meruncing dan menjejaskan PR apabila Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar Perak bertegas akan meneruskan dengan sidang dewan buat pertama kalinya pada 7 Mei ini selepas berlaku peralihan kuasa dari PR kepada BN.
Gesaan terbaru dibuat oleh Mohd sabu selaku Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat pada 4 Mei kelmarin supaya pembubaran dibuat demi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan demokrasi. PAS melalui Mohd Sabu dan jawatankuasa berkenaan mendesak supaya DUN Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka.
Lagu demokrasi dan hak rakyat inilah yang terus didendangkan oleh para pemimpin PR bagaikan rekod lapuk dan retorik lusuh untuk mewajarkan tuntutan mereka sendiri dan tuntutan penyokong mereka sahaja. Rakyat dan demokrasi jualah yang terus dijaja ke sana sini untuk membarakan kemarahan rakyat menentang establishment yang ada.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa rakyat ada hak untuk memilih kerajaan sendiri atas nama demokrasi. Tidak dapat dinafikan juga bahawa rakyatlah yang akan menentukan pihak mana yang boleh membentuk kerajaan.
Namun demikian, walau sebesar atau seluas mana pun hak rakyat atas nama demokrasi, hak seumpamanya tetap terbatas oleh undang-undang khususnya Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Justeru, janganlah sampai nama rakyat dijaja secara borong seolah-olah rakyatlah penentu kepada segala-galanya seakan-akan tiada lagi undang-undang dan peraturan yang boleh membatas dan mengehadkan hak dan kuasa rakyat.
Di atas teras yang sama, janganlah nama rakyat turut dijaja secara borong seolah-olah segenap lapisan rakyat mahukan pembubaran DUN untuk menentukan siapakah yang layak untuk membentuk kerajaan, sedangkan tidak kesemua rakyat berpendirian serupa.
Rakyat yang menyokong PR seperti ahli PAS, DAP dan PKR mungkin boleh dijaja oleh PR untuk menuntut pembubaran kerana mereka sememangnya marah setelah berlaku peralihan kuasa di Perak. Namun demikian, bagaimana pula dengan rakyat Perak yang menyokong BN atau yang tiada kecenderungan terhadap parti politik tertentu?
Hakikatnya, banyak kemusykilan yang boleh dibangkitkan untuk mempersoal dan menyanggah tindakan PR menjaja nama rakyat dan demokrasi. Apakah hak PR untuk menjaja nama rakyat Perak yang menyokong dan bersimpati dengan BN menuntut pembubaran DUN? Sudahkah PR mendapat mandat keseluruhan rakyat Perak untuk menuntut supaya pembubaran dibuat dan hak rakyat dikembalikan untuk memilih ahli-ahli DUN baru? Apakah kayu ukur yang digunakan untuk mewajarkan pembubaran DUN supaya rakyat boleh membuat pemilihan baru?
Atas nama rakyat dan demokrasi, tunjuk perasaan di jalanan telah dijustifikasikan sebagai kaedah menyuarakan pendapat. Maka timbullah pertanyaan : adakah suara penunjuk perasaan di Kuala Kangsar tidak lama dahulu mewakili suara sebenar dan keseluruhan rakyat negeri Perak? Tidak lain dan tidak bukan, para penunjuk perasaan tersebut hanya mewakili diri mereka sendiri dan penyokong-penyokong PR sahaja.
Dengan menjaja nama rakyat dan demokrasi juga, pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu telah dicanang dan didakwa sebagai referendum rakyat menolak kerajaan negeri BN yang dilantik oleh baginda Sultan Perak. Dalam konteks ini pula berbangkit beberapa lagi persoalan. Adakah kertas undi yang menyokong Nizar merupakan undian yang mahukan pembubaran DUN Perak? Bagaimana pula dengan undian yang memihak Ismail Safian ?
Sesuatu yang harus dihayati oleh para pemimpin PR ialah titah Sultan Azlan Shah semasa sambutan ulangtahun keputeraan baginda pada 19 April lepas. Menurut titah baginda, Malaysia adalah sebuah negara raja berperlembagaan dan bukannya republik. Tambah Tuanku lagi, seorang raja pemerintah tetap kekal sebagai raja pemerintah yang jauh berbeza kedudukannya dari seorang presiden.
Justeru, hakikat yang harus diakui dan difahami oleh pemimpin PR ialah bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi dengan raja berperlembagaan. Sistem raja berperlembagaan inilah yang tidak memutlakkan hak rakyat dan demokrasi.
Dalam keadaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dengan raja berperlembagaan, para pemimpin PR sewajarnya belajar menghormati perlembagaan dan undang-undang yang ada. Mereka juga sepatutnya menghormati institusi raja dan kuasa-kuasa raja yang ada kerana kewujudan raja dan institusi raja bukan sekadar kosmetik.
Pada masa yang sama, para pemimpin PR sebaik-baiknya mendidik pula rakyat khususnya penyokong mereka mengenai perkara yang sama. Namun demikian PR berbuat sebaliknya. Mahkamah telah dijadikan medan untuk mempertikaikan perlembagaan negeri serta hak dan budibicara raja. Atas nama hak serta kebebasan bersuara oleh rakyat, media baru telah digunakan untuk memburuk-burukkan institusi raja dan kerajaan.
Rakyat sewajarnya sedar bahawa dalam konteks sejarah penubuhan negara dan kepelbagaian kaum yang membentuk rakyat dan negara Malaysia, sistem raja berperlembagaan adalah yang terbaik.
Tidak semua keputusan oleh rakyat sesuai dan baik untuk segenap dan keseluruhan rakyat. Ada kalanya, kalaupun tidak selalu, rakyat perlu dinasihat dan dipimpin dalam memilih serta membuat keputusan. Di sinilah letaknya peranan raja, menasihati serta memimpin rakyat dan kepemimpinan rakyat.
Sebagai sebuah negara yang merdeka lagi bertamadun kerana mempunyai perlembagaannya yang tersendiri, undang-undang khususnya perlembagaan mengatasi rakyat dan bukan sebaliknya. Jika rakyat mengatasi undang-undang, apakah keperluan dan gunanya perlembagaan dan undang-undang?
Nasihat terbaik untuk segenap lapisan pemimpin dan rakyat tidak mengira kerajaan atau pembangkang ialah, perjuangkan hak keamanan dan kesejahteraan rakyat. Ajar dan belajarlah menghormati dan mematuhi perlembagaan, undang-undang dan institusi raja.
Nasihat terakhir ialah, jangan sekali-kali dijaja nama rakyat dan demokrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Sunday, April 26, 2009
Hadi pentingkan jawatan dari perpaduan Melayu
Pas batal kerajaan perpaduan
Oleh AZRAN FITRI RAHIMazran.rahim@utusan.com.my
BACHOK 25 April - Pas menarik balik cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara parti itu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berikutan pertukaran pucuk pimpinan negara.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya sedang mengkaji semula cadangan tersebut dan memantau secara dekat pelaksanaan dasar kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan kononnya keputusan menarik balik cadangan tersebut dibuat kerana bimbang akan dicabar pada Muktamar Tahunan Pas Jun ini dan popularitinya yang semakin menurun sejak akhir-akhir ini.
"Sekarang tidak ada lagi (kerajaan perpaduan), cadangan ini dibuat masa Tun Abdullah Ahmad Badawi, kita kemukakan kerana kita melihat suasana pada masa itu.
"Buat masa sekarang, kita lihat dulu bagaimana perjalanannya (kerajaan di bawah Najib), ia bukan disebabkan pemilihan parti Jun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Kawasan Bachok di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa Badan Perhubungan Pas negeri yang tidak mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden parti dipercayai berpunca daripada tindakannya yang mahu 'berbaik-baik' dengan UMNO demi perpaduan Melayu dan umat Islam.
Abdul Hadi berkata, keputusan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN dibuat pada sesi pemukiman pemimpin dan muktamar tahunan parti tersebut tahun lepas.
"Pada dasarnya, semua bersetuju, tetapi masa Abdullah jadi pemimpin dulu, ia bukan saja untuk Pas tetapi turut melibatkan pakatan pembangkang.
"Ahli Pas, dia akur dengan cadangan ini, sebab semua keputusan besar dibuat dalam muktamar tahunan, tetapi sekarang tidak ada lagi kerana Abdullah tidak lagi menjadi Perdana Menteri," katanya.
Beliau turut menafikan wujudnya dua kumpulan iaitu pro muzakarah dan pro pakatan dalam parti tersebut kerana semua keputusan dibuat secara bersama.
Mengulas mengenai negeri yang tidak mencalonkan beliau, Abdul Hadi berkata, ahli bebas untuk membuat keputusan dan memilih sesiapa saja kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi.
"Terpulang kepada ahli untuk calon sesiapa saja, inilah demokrasi dalam Pas, saya tidak kisah tetapi kita dalam Pas tidak akan berkempen untuk jawatan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perubahan pimpinan UMNO, Abdul Hadi berkata, pihaknya tidak bimbang kerana sambutan terhadap Pas semakin meningkat pada masa kini.
Katanya, biarpun bertukar kepimpinan, beliau percaya dasar UMNO tidak akan berubah walaupun pendekatan yang diamalkan berbeza.
"Saya tidak boleh komen lagi sehingga ada pelaksanaan dasar baru, tetapi saya percaya dasar parti itu tidak akan berubah.
"Sehingga hari ini, sambutan rakyat terhadap pakatan pembangkang sangat positif hasil kemenangan pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang," katanya.

Di atas merupakan berita terkini lagi terbaru mengenai masa depan perpaduan Melayu dan Islam di negara yang kita cintai ini. Tinggal debu dan dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja oleh empunya badan iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS.
Hadi sendiri mula-mula mencadangkan perpaduan Melayu melalui kerjasama di antara PAS dengan UMNO yang telah membuahkan pelbagai harapan, dan Hadi sendiri jugalah yang membatalkan hasrat yang murni itu.
Ada sesuatu yang tidak kena apabila Hadi mengumumkan pembatalan cadangan perpaduan. Yang pertama: tidak kena MASA. Yang kedua: tidak kena TEMPAT.
Kelihatan ada sesuatu yang tidak kena dari sudut masa kerana dilakukan di saat PAS sedang rancak melaksanakan proses demokrasi memilih pemimpin pusat parti. Manakala bagaikan ada sesuatu tidak kena dari sudut tempat disebabkan pengumuman dibuat selepas Hadi merasmikan Muktamar PAS Kawasan Bachok.
Justeru boleh dikatakan bahawa keputusan Hadi mahu membatalkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan lebih dipengaruhi oleh musim pemilihan PAS yang boleh menyebabkan Hadi hilang pengaruh dan jawatan sekiranya cadangan tersebut terus dijaja dan diperjuangkan.
Hadi memberikan alasan paling tidak munasabah bagi mewajarkan pembatalan cadangan iaitu perubahan kepemimpinan UMNO. Menurut beliau cadangan dibuat semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan cadangan tersebut tidak lagi terpakai disebabkan UMNO kini mendapat presiden baru dan Malaysia pula mendapat PM baru melalui Najib.
Inilah mentaliti pemimpin PAS yang memperlihatkan bakat mereka untuk menjadi pelawak kelas badut.
Untuk menutup kesilapan dan kesalahan sendiri, UMNO juga yang tetap dimangsakan dan dijadikan alasan untuk menutup kesilapan dan kelemahan sendiri. Kalau Hadi tidak mahu melihat perpaduan Melayu, Hadi tidak perlu menjadikan UMNO sebagai penyebabnya.
Janganlah disebabkan Hadi takut kehilangan jawatan presiden parti, kepimpinan UMNO dijadikan alasan menolak usaha perpaduan.
Janganlah disebabkan ahli-ahli PAS sendiri yang menolak perpaduan Melayu dan akan menolak sesiapa saja dari kalangan pemimpin yang memperjuangkan perpaduan Melayu dengan UMNO, perlantikan Najib sebagai presiden UMNO dan PM Malaysia pula yang dijadikan batu penghalang.
Sekiranya Hadi benar-benar ikhlas untuk menjayakan kerajaan perpaduan, siapa jua yang menjadi presiden UMNO tidak boleh dijadikan faktor penentu ke arah usaha itu. Pak Lah hanyalah salah seorang daripada pemimpin UMNO semasa Hadi mula-mula mengemukakan gagasan perpaduan. Pak Lah juga hanya berperanan sebagai seorang wakil kepada berjuta-juta ahli UMNO. Itu sahaja.
Faktor Pak Lah tidak penting, begitu juga faktor Najib. Yang lebih penting ialah perpaduan Melayu melalui perpaduan kerajaan pimpinan UMNO dan PAS supaya pemimpim kedua-dua parti tersebut dapat duduk semeja di barisan kerajaan yang sama mencarta perjalanan masa depan orang-orang Melayu dan agama Islam.
Inisiatif Hadi tersangat murni dan tidak dijangkakan akan datang dari seorang pemimpin yang pernah memfatwa dan melabelkan UMNO sebagai kafir. Itulah bukti ekstremnya Hadi dalam perjuangan PAS, tetapi dari pemimpin yang ekstrem itu jagalah datangnya gagasan perpaduan kerajaan Melayu.
Hadi mungkin telah mendapat tempat di hati orang-orang Melayu khususnya UMNO kerana gagasan yang positif itu. Malangnya, kerana gagasan tersebut jugalah Hadi mula lihat penolakan dari pengikut dan penyokongnya sendiri. Hadi kalah kepada politik sebelum sempat berjuang.
Kini Prioriti Hadi boleh dipertikaikan. Yang mana satu lebih penting bagi Hadi sekarang? Mengekalkan jawatan presiden parti atau mengusahakan perpaduan Melayu.
Dari apa yang sedang berlaku, Hadi jelas lebih mementingkan jawatan dari berjuang supaya umat Melayu dapat bersatu padu.
Monday, April 20, 2009
KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK : MEMAHAMI TINDAKAN
Dua bulan sudah berlalu semenjak bermulanya krisis perlembagaan melibatkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. Didahului dengan hilangnya kepercayaan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap Menteri Besar ketika itu Dato Seri Mohd Nizar Jamaludin dan kembalinya seorang ADUN BN/UMNO dan selepas itu membawa kepada hilangnya majoriti kerajaan campuran rapuh Pakaratan Rakyat, isu krisis perlembagaan akhirnya sampai ke pangkuan mahkamah. Ini terjadi disebabkan PR tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan sebuah negeri.
Tidak akan adanya krisis jika semua pihak terlibat patuh dan akur dengan titah perintah, keputusan dan tindakan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Azlan Shah sebagai raja dan pemerintah negeri. Juga, tidak akan berlakunya konflik sekiranya pihak-pihak yang berkenaan cukup berbudiman untuk menerima segala yang telah berlaku dan meredhakannya sebagai suratan takdir.
Tidak dapat dinafikan bahawa jalan terbaik adalah untuk merujuk krisis seumpamanya ke mahkamah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi tersebut sebagai badan penyemak dan pengimbang serta dikukuhkan lagi oleh tugasnya sebagai pentafsir undang-undang. Undang-undang tubuh negeri yang datang dalam dua versi iaitu bahasa Inggeris dan Melayu dengan sulaman prosa dan tatabahasa era 1950-an belum lagi pernah dicabar atau diuji sebelum ini. Walaubagaimanapun, Mahkamah tidak sepatutnya menjadi pilihan pertama dalam menangani isu politik yang berbangkit itu.
PR tidak henti-henti menyalahkan istana Perak dan Barisan Nasional kerana nasib malang yang menimpa mereka. Diri mereka, khususnya Nizar, diperlihatkan sebagai mangsa kerana dikatakan telah diratah sebegitu teruk sekali oleh pihak istana dan BN. Yang sebenarnya menjadi mangsa di tangan PR ialah rakyat dan istana. Rakyat telah dimangsakan oleh PR apabila nama rakyat dijaja untuk menuntut pilihanraya negeri diadakan dan istana Perak pula telah diadu domba dengan rakyat semata-mata untuk mendesak supaya pilihanraya negeri dapat dijayakan. Rakyat telah dijadikan suara dan benteng pertahanan serta pertaruhan PR untuk mempersoalkan keputusan istana.
Dalam hal ini, isu perlembagaan yang baru nampak sinar kesudahannya itu perlu juga dilihat dari perspektif Tuanku Sultan Azlan Shah selaku sultan negeri Perak. Sebagai raja pemerintah negeri, bukanlah menjadi tugas atau tanggungjawab Tuanku untuk turun menemui rakyat jelata demi menjelaskan sebab musabab tindakan yang telah Tuanku ambil. Dapat dilihat sehingga ke hari ini tidak sepatahpun kenyataan dikeluarkan oleh pihak istana mengenai isu perlembagaan di Perak. Sesungguhnya tindakan berdiam diri sedemikian adalah yang terbaik.
Jawatan serta kedudukan Tuanku sebagai raja dan pemerintah negeri tidak sama dengan jawatan dan kedudukan ahli politik, justeru baginda Tuanku tidak perlu menagih undi popular dari rakyat. Hal ini kerana baginda Tuanku menaiki takhta tanpa perlu dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, sebaliknya menaiki takhta menerusi proses dan undang-undang tersendiri menurut undang-undang tubuh negeri.
Selagi baginda bertindak mengikut lunas undang-undang tubuh negeri dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan budibicara yang dizinkan sempamanya, baginda tidak perlu menentukan sama ada tindakan yang diambil popular atau tidak, demokratik atau sebaliknya. Dalam keadaan baginda Tuanku yang tidak disyaratkan untuk memaklum serta menerangkan kepada rakyat akan titah perintah, keputusan dan tindakan yang telah diambil, maka, adalah menjadi tanggungjawab rakyat pula untuk memahami akan sebab-sebab tindak-tanduk baginda Tuanku itu.
Raja adil lagi teliti dan bijaksana
Analisis dari rentetan krisis perlembagaan yang berlaku bukan sahaja mempamerkan kebijaksanaan dan ketelitian baginda Tuanku, malah ianya telah mengesahkan kebijaksanaan dan ketelitian baginda Tuanku yang selama ini hanya diketahui di kalangan orang perundangan.
Laungan akan kebijaksanaan serta ketelitian baginda Tuanku mungkin berbaur klise, tetapi itulah hakikat yang seharusnya diterima oleh kita semua. Dalam profesion seorang peguam yang menjalankan kes-kes mahkamah, perkara paling ditakuti ialah apabila kes yang dijalankan kalah dalam perbicaraan. Bagi seorang hakim pula, paling dikhuatiri ialah apabila keputusan dibuat dirayu ke mahkamah lebih tinggi dan keputusan itu ditolak dan sebaliknya digantikan dengan keputusan mahkamah rayuan tersebut. Pengalaman inilah yang menjadikan baginda Tuanku amat bijak dan teliti.
Walaupun baginda Tuanku bukan lagi seorang hakim mahkamah, sudah tentu baginda Tuanku dapat menjangkakan bantahan yang bakal berbangkit terhadap keputusan melibatkan Nizar. Kalaupun Tuanku mungkin tidak dicabar atas kapasitinya sebagai sultan, sudah tentu Tuanku tidak menolak kemungkinan keputusan dan tindakan baginda bakal dicabar ekoran kedudukan baginda Tuanku sebagai raja berperlembagaan.
Baginda Tuanku yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam bidang kehakiman negara dan dihormati oleh rakan sejawat di peringkat antarabangsa khususnya negara-negara Komanwel sudah tentu tidak mampu dan tidak sanggup untuk membuat sebarang kesilapan dalam tindak tanduk dan keputusan yang diambil. Pastinya baginda Tuanku amat sedar bahawa pada hari ini setiap keputusan dan tindakan istana akan tetap dihakimi bukan sahaja oleh rakyat, media dan sejarah malah berkemungkinan juga oleh mahkamah.
Tambah mendesak akan kebijaksanaan dan ketelitian baginda Tuanku ialah hakikat titah baginda Tuanku khususnya mengenai perletakan jawatan oleh Nizar dan digantikan dengan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan melibat dan menjejaskan pihak-pihak yang berkepentingan khususnya parti-parti politik. Di samping itu, titah dan keputusan baginda Tuanku turut melibatkan masa depan rakyat dan negeri, maka baginda Tuanku tiada pilihan melainkan untuk membuat keputusan dengan penuh berhati-hati lagi teliti supaya bukan sahaja keputusan tetapi juga kebijaksanaan baginda Tuanku tidak akan dipertikaikan.
Sebagai suatu keputusan dengan adunan hal ehwal perundangan - melibatkan hak dan kuasa baginda Tuanku untuk menitahkan perletakan jawatan MB yang ada dan digantikan dengan yang baru - dan isu politik kepartian, proses untuk membuat keputusan seumpamanya bukan mudah untuk dilakukan walaupun begitu mudah untuk dikritik.
Layakkah Nizar menjadi MB?
Sebelum memilih Nizar sebagai Menteri Besar pada April 2008 baginda Tuanku berdepan tanggungjawab berat untuk meumutuskan siapakah yang paling layak dilantik menjawat jawatan tersebut. Mengikut peruntukan Perkara 12 [1] undang-undang tubuh negeri, baginda Tuanku sebagai raja pemerintah hendaklah melantik di kalangan ahli-ahli dewan undangan negeri paling kanan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu untuk mengisi jawatan MB negeri.
Walau bagaimanapun, kuasa Tuanku tidak berakhir di situ sahaja kerana Perkara 12 [2] undang-undang yang sama memperuntukkan bahawa sekiranya baginda Tuanku mendapati 'berfaedah' baginda Tuanku boleh mengenepikan syarat-syarat beragama Islam dan berbangsa Melayu dalam menentukan siapakah di kalangan ahli dewan yang boleh Tuanku lantik. Ini bermakna baginda Tuanku memiliki budibicaranya sendiri jika Tuanku mendapati berfaedah untuk melantik di kalangan ahli dewan yang berbangsa Cina atau India dan tidak Islam sebagai menteri besar.
Berdepan dengan Perkara 12[2] dan kegagalan UMNO/BN untuk memperoleh majoriti mudah, tugas besar yang terpaksa baginda Tuanku galas ialah untuk menentukan siapakah yang selayaknya dilantik membantu Tuanku mentadbir negeri di kalangan ahli-ahli dewan dari DAP, PKR dan PAS. Hal ini kerana baginda Tuanku telah menolak permohonan BN untuk membentuk sebuah kerajaan minoriti walaupun pada dasarnya BN paling banyak memenangi kerusi dewan undangan negeri berbanding dengan parti-parti pembangkang lain yang bertanding secara berasingan dengan nama dan di bawah lambang parti masing-masing.
Tuanku amat arif sekiranya BN diizin menubuhkan kerjaan negeri, kerajaan minoriti BN itu dijangkakan tidak boleh mentadbir negeri dengan berkesan kerana baginda Tuanku amat pasti parti-parti pembangkang bakal bersatu menentang apa jua keputusan yang cuba dibuat oleh kerajaan BN melalui dewan undangan negeri. Kerjaan minoriti BN jika ditubuhkan tentunya terpaksa berdepan dengan gabungan parti-parti pembangkang yang lebih besar majoritinya dan ini akan membantutkan perjalanan dewan dan pentadbiran negeri sehingga boleh merugikan rakyat.
Sekiranya diambil kira budibicara yang ada pada Tuanku menurut peruntukan 12[2], maka Nizar sebenarnya bukanlah calon yang paling layak untuk dilantik sebagai MB Perak di kalangan ahli-ahli dewan dari PR. Merujuk kepada keputusan pilihanraya negeri Perak dalam tahun 2008 dengan 18 kerusi dimenangi DAP, PKR 7 kerusi dan PAS pula tercorot dengan 6 kerusi, logik dan akal budi kita akan memberitahu bahawa ADUN dari DAPlah yang sepatutnya dilantik sebagai MB.
Namun demikian, tidak sukar untuk difahami kenapa baginda Tuanku tidak mahu menggunakan budibicara yang ada dengan mengenepikan syarat agama Islam dan berbangsa Melayu supaya ADUN dari DAP boleh dilantik. Tentunya bukan sesuatu yang berfaedah untuk melantik seorang yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjadi MB kerana Tuanku amat menyedari bahawa orang Melayu akan mengkritik keputusan sedemikian. Ini sudah tentu akan membawa kepada kemelut yang lain pula dan lebih teruk lagi mungkin menjurus kepada isu perkauman.
Keengganan Tuanku menggunakan budibicara menurut perkara 12[2] dengan melantik Nizar dan bukannya pemimpin dari kalangan DAP tidak bermakna bahawa Tuanku mengenepikan orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam kerana baginda adalah raja untuk setiap rakyat negeri Perak tidak mengira agama dan bangsa. Namun demikian sebagai seorang raja Melayu dan ketua agama Islam negeri, baginda Tuanku sudah tentu mahukan seorang ADUN berbangsa Melayu dan beragama Islam sebagai agen dan proksi Tuanku dalam memerintah dan mentadbir negeri.
Tidak dinafikan bahawa selaku ADUN Pasir Panjang Nizar adalah pilihan rakyat untuk mewakili kawasan dewan undangan negeri tersebut pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Walau bagaimanapun, hakikat yang perlu diakui Nizar ialah jawatan MB yang pernah disandangnya itu adalah jawatan lantikan Tuanku, lantas menjadikan Nizar sebagai agen dan proksi Tuanku sahaja dengan kuasa setakat dan sebagaimana yang diperkenankan oleh Tuanku dan dalam lingkungan undang-undang tubuh negeri. Persoalan dan permasalahan bakal timbul tentang keberkesanan peranan yang dimainkan oleh agen dan proksi Tuanku sekiranya yang dilantik sebagai MB ialah ADUN yang bukan Melayu dan tidak beragama Islam.
Setelah menolak calon ADUN dari DAP, logik dan akalbudi juga akan memberitahu kita bahawa di antara PKR yang memenangi 7 kerusi berbanding PAS yang menang 6, ADUN dari kalangan PKRlah sepatutnya menjadi MB dan bukannya Nizar dari PAS. Namun demikian, atas kebijaksanaan baginda Tuanku yang amat menjaga nama baik negeri Perak, baginda Tuanku telah melantik Nizar walaupun dari aspek politik kepartian ADUN PAS itu paling tidak layak untuk diberikan amanah jawatan. Tambahan pula Nizar bukannya ADUN yang paling kanan menurut peruntukan perkara 12[1] kerana baru pertama kali memenangi jawatan itu dan datang dari parti tercorot di antara komponen tidak rasmi PR.
Perlantikan Nizar sebenarnya boleh juga dianggap tanda kasih sayang baginda Tuanku kepada agama Islam selain daripada kasih sayang baginda Tuanku kepada orang-orang Melayu. PAS yang dianggotai Nizar merupakan satu-satunya parti yang mendakwa memperjuang serta membela Islam sedangkan PKR pula perjuangannya lebih liberal dan turut dianggotai oleh kaum bukan Melayu walaupun majoriti keahliannya terdiri dari orang-orang Melayu. Disebabkan kasih sayang Tuanku kepada Islam Nizar dari parti PAS yang akhirnya dipilih walaupun PAS boleh dianggap sebagai parti yang kalah paling teruk di kalangan Parti gabungan PR.
Ternyata Tuanku juga amat menyanjungi ilmu serta individu-individu yang berilmu dan disebabkan itulah Nizar, satu-satunya ADUN Melayu dan beragama Islam dari PR yang berkelulusan tinggi dan berkerjaya profesional, dilantik sebagai MB. Baginda Tuanku amat menyedari bahawa seorang MB bukan sekadar mengetuai kabinet negeri, malah MB membawa obor dan nama baik negeri sama ada di dalam negara maupun di peringkat antarabangsa dan atas kebijaksanaan inilah baginda Tuanku telah membuat keputusan melampaui logik dan akalbudi rakyat biasa.
Dari kupasan yang telah dibuat mengenai perlantikan Nizar sebagai MB, tidaklah keterlaluan untuk dikatakan bahawa perlantikan tersebut sebenarnya diperbuat semata-mata atas ihsan baginda Tuanku Sultan. Jika tidak kerana takdir dan juga ihsan baginda Tuanku, dapatkah Nizar menjadi MB hatta sehari sekalipun walaupun pada hakikatnya Nizar menjadi MB selama 11 bulan.
Siapakah memulakan krisis perlembagaan?
Selepas Joseph Pairin Kitingan kehilangan majoriti DUN Sabah lalu kehilangan jawatan Ketua Menteri negeri itu pada tahun 1990an, krisis perlembagaan tidak sekalipun berbangkit sehingga sampai ke Mahkamah. Joseph Pairin Kitingan, seorang peguam, cukup berbudiman menerima takdir yang telah ditentukan ke atas beliau dan Parti Bersatu Sabah sehinggakan beliau boleh berjalan beriringan dengan KM yang baru selepas upacara menyerahkan jawatan.
Bagaimanapun, senario yang sama tidak berlaku di negeri Perak setelah Nizar dititahkan meletak jawatan. Tidak berpuas hati dengan titah Tuanku supaya berbuat demikian, Nizar sebaliknya telah membuat sembah derkaha dan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Disinilah bermulanya krisis perlembagaan Perak yang bertitik tolak dari sikap Nizar dan para sahabatnya dari DAP sehingga terbawa-bawa ke Mahkamah dan sidang DUN di bawah pokok.
Baginda Tuanku tidak boleh dipersalahkan sebagai penyebab krisis kerana sebagai raja dan sultan baginda boleh melantik dan memberhentikan MB yang juga agen dan proksi baginda itu selagi ianya dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan.
Menurut perkara 16(2)(a) undang-undang tubuh negeri, baginda Tuanku hendaklah terlebih dahulu melantik seorang MB bagi mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri seorang ahli DUN yang pada pertimbangan Tuanku boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli DUN itu Dengan kata lain, baginda Tuanku hendaklah melantik MB yang boleh mendapat majoriti mudah daripada keseluruhan ahli-ahli DUN yang ada.
Peruntukan inilah antara penyebab negeri Perak mendapat MB baru lebih lewat berbanding dengan negeri-negeri lain selepas PRU 12 yang lalu. Berdepan dengan perkara 12(1) dan (2), kini baginda Tuanku dicabar pula dengan keperluan untuk mencari seorang MB yang boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli DUN. Tambah merumitkan ialah apabila tiada seorang pun ADUN dari kalangan DAP, PKR dan PAS boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar melainkan baginda Tuanku memainkan peranan baginda tersendiri.
Atas kebijaksanaan Tuankulah kebuntuan memilih MB Perak dapat dirungkaikan dengan titah supaya kesemua ADUN dari DAP, PKR dan PAS memberi akurjanji menyokong dan menyatakan kepercayaan kepada bakal MB yang bakal Tuanku lantik. Kepada Tuanku jugalah Nizar dan DUN terhutang budi dan sepatutnya menjunjung kasih sehingga mereka boleh membentuk kerajaan. Malang menimpa negeri Perak apabila hutang budi tidak berbayar, junjungan kasih hanya untuk bermuka-muka dan lebih memalukan lagi apabila Nizar membuat sembah derhaka.
Bagaimanakah majoriti ditentukan?
Hakikat lain yang enggan diterima oleh Nizar dan PR untuk diperjelaskan kepada rakyat ialah bagaimana proses penentuan majoriti DUN boleh dijalankan demi menentukan sama ada MB yang ada masih mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli DUN atau sebaliknya. Sekiranya hakikat perundangan ini dapat diterima dan diakui, tidak timbul keperluan untuk Nizar mengambil tindakan undang-undang.
Mengimbau kembali peruntukan Perkara 16(2)(a) undang-undang tubuh Negeri, hanya Sultan yang berhak dan berbudibicara untuk menentukan siapakah yang boleh mendapat kepercayaan majoriti. Ini bermakna bahawa baginda Tuanku, melalui kaedahnya sendiri, boleh menjalankan suatu proses bagi tujuan menentukan majoriti.
Peruntukan ini jelas bertentangan dengan dakwaan Nizar dan PR yang menuntut supaya suatu persidangan khas DUN diadakan untuk tujuan tersebut. Sekiranya dibenar dan diteruskan, sebarang keputusan yang dibuat tentunya akan menyalahi undang-undang tubuh negeri. Ini kerana dewan undangan negeri atau speaker tidak pernah diberikan kuasa untuk menjawab persoalan mengenai majoriti kepercayaan terhadap seseorang MB, melainkan mendapat perkenan Tuanku sendiri.
Dalam menentukan sama ada atau tidak seseorang ADUN itu boleh mendapat kepercayaan majoriti, baginda Tuanku dengan kebijaksanaannya sendiri telah memanggil kesemua ahli-ahli DUN yang boleh membentuk kerajaan ke istana Tuanku. Ini Tuanku lakukan berteraskan semangat perundangan di bawah Perkara 16(2)(a) yang telah disebut tadi.
Kaedah inilah yang telah baginda Tuanku lakukan pada tahun lepas sebelum melantik Nizar menjadi MB. Proses yang sama juga telah baginda Tuanku ulangi sebelum Dr. Zambry dilantik sebagai MB yang baru.
Dapat dilihat dari proses penentuan majoriti sebelum perlantikan Dr. Zambry sebagai MB bahawa baginda Tuanku telah menampakkan ketelusan yang ketara menjalankan dalam tugas dan tanggungjawab sebagai raja. Media telah dipanggil untuk merakamkan detik keempat-empat ahli DUN yang melompat ditemu-ramah oleh baginda Tuanku untuk menentukan kepada siapakah mereka kini memberi sokongan.
Di sinilah juga terpamernya kebijaksanaan Tuanku. Tuanku tidak mahu dilihat seperti menjalankan tugas disebalik tabir sedangkan tugas yang perlu dilakukan berkai dengan kepentingan rakyat dan negeri. Ketelusan baginda Tuanku juga diperlihatkan supaya baginda tidak dianggap sebagai bermain politik atau memihak kepada mana-mana parti politik.
Dalam menjalankan tugas untuk menentukan majoriti bagi lantikan MB, baginda Tuanku hanya perlu membuat dapatan fakta (fact finding) sama ada Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti. Oleh itu bukanlah menjadi tanggungjawab Tuanku untuk menyiasat dan mempersoalkan kenapa keempat-empat bekas ahli DUN PR tersebut mudah hilang kepercayaan kepada Nizar dan PR.
Di atas teras yang sama, tidak menjadi tugas dan tanggungjawab baginda Tuanku untuk mengadili atau menghakimi tindakan ahli-ahli DUN supaya mereka kembali menyokong pemimpin dan parti yang telah mereka tinggalkan tersebut. Inilah semangat peruntukan Perkara 16(2)(a) dan semangat inilah yang telah Tuanku ikut dan patuhi.
Benarkah Nizar telah dipecat?
Retorik yang sering dilagukan oleh Nizar dan PR ialah bahawa beliau telah dipecat oleh baginda Tuanku sedangkan hakikat sebenarnya tidak sama sekali. Perkataan 'dipecat' membawa konotasi yang ekstrem yang boleh disuaiguna untuk kepentingan individu yang dipecat itu.
Dalam konteks Nizar, dakwaan 'dipecat' diguna demi menunjukkan bagaimana beliau telah dimangsakan sehingga dibuang kerja sebagai MB oleh majikannya. Dengan kata lain, Nizar mendakwa kehilangan jawatan MB yang disandang adalah suatu pemecatan berbentuk penganiayaan ke atas dirinya.
Pemecatan yang dikatakan menganiayakan inilah yang digunakan untuk membeli simpati daripada rakyat. Isu inilah juga yang telah dibakar supaya rakyat bangkit dan marah demi membela Nizar dan rakan-rakannya.
Penelitian khusus ke atas Perkara 16(6) undang-undang tubuh negeri dan tindakan yang telah baginda Tuanku ambil, walaubagaimanapun, menyaksikan bahawa Nizar sebenarnya tidak dipecat. Yang berlaku ialah Nizar telah 'dititahkan meletak jawatan' dan titah dibuat semata-mata menurut peruntukan undang-undang yang sedemikian.
Perkara 16(6) menggariskan bahawa sekiranya seorang MB terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli DUN, maka hendaklah MB itu mempersembahkan letak jawatan melainkan MB mendapat perkenan untuk membubarkan DUN.
Nizar ada memohon perkenan Tuanku bagi pembubaran DUN Perak setelah menyedari beliau kehilangan majoriti. Namun demikian, permohonan Nizar itu telah ditolak dan ini telah Tuanku lakukan selaras dengan budibicara yang ada seperti yang diberikan oleh Perkara 18(2)(b) undang-undang tubuh.
Disebabkan baginda Tuanku tidak memperkenankan pembubaran DUN sedangkan Nizar enggan mempersembahkan letak jawatan walaupun telah didapati oleh Tuanku bahawa Nizar telah kehilangan majoriti, maka baginda Tuanku tidak mempunyai pilihan melainkan membuat titah meletakkan jawatan.
Baginda Tuanku selanjutnya menitahkan kepada Nizar sekiranya beliau enggan meletakkan jawatan, maka jawatan MB yang disandangnya dianggap kosong. Dengan kekosongan jawatan itu barulah baginda Tuanku boleh melantik seorang MB yang baru sehingga membawa kepada perlantikan Dr. Zambry.
Seandainya baginda Tuanku tidak mengambil langkah berani lagi bijak dengan titah yang sedemikian, DUN Perak masih lagi terpaksa berdepan dengan masalah. Dengan PR kehilangan majoriti untuk membentuk kerajaan, Nizar sudah tentu tidak dapat berfungsi sebagai MB yang boleh membawa kepada tergantungnya DUN daripada bersidang.
Kebuntuan politik yang boleh membawa kepada kebuntuan pentadbiran dan pembangunan ekonomi tidak dapat baginda Tuanku izinkan. Kuasa serta kebijaksanaan ke arah meleraikan kebuntuan seumpamanya hanya ada pada baginda Tuanku, dan itulah yang telah Tuanku laksana serta lakukan.
Prihatin kepada Rakyat dan Negeri
Pernah dikatakan oleh Prof. Shad Salaam Faruqi bahawa faktor kemuraman ekonomi dunia termasuk Malaysia merupakan salah sayu penyebab kenapa baginda Tuanku enggan memperkenankan pembubaran DUN Perak. Pembubaran DUN bukan satu-satunya pilihan yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik negeri.
Tidak boleh ditolak kemungkinan bahawa baginda Tuanku menyedari betapa besarnya wang rakyat yang terpaksa dibelanjakan untuk menjaya pilihanraya negeri selepas dibubarkan. Telah dilaporkan bahawa perbelanjaan untuk mengawasi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu yang ditanggung oleh PDRM sahaja berjumlah RM15 juta.
Bayangkan pula perbelanjaan yang mungkin ditanggung untuk membiayai perbelanjaan mengadakan pilihanraya untuk 59 kawasan DUN Perak. Bukankah lebih baik wang yang mungkin mencecah ratusan juta ringgit itu digunakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat untuk mengharungi kemelesetan ekonomi?
Berbaloikah ratusan juta wang rakyat dan negeri semata-mata untuk mencapai keputusan pihak manakah yang bakal memperolehi majoriti bagi tempoh pemerintahan yang tidak begitu lama. Namun demikian, pembubaran ini jugalah yang tetap didambakan dan dituntut oleh Nizar.
Baginda Tuanku menyedari bahawa pembubaran DUN membawa kepada pilihanraya negeri yang baru akan berkemampuan menjejaskan keselamatan negeri dan rakyat. Jika pilihanraya negeri diadakan, Perak akan menjadi tumpuan negara dan dibanjiri penyokong-penyokong kesemua parti yang terlibat.
Dengan kebanjiran penyokong-penyokong parti politik dari seluruh Malaysia, dapat baginda Tuanku ramal akan tercetusnya situasi tidak baik di negeri Perak. Ini tentulah baginda Tuanku tidak hasratkan untuk ditempuhi oleh rakyat jelata baginda.
Dalam klimaks politik hari ini dengan usaha bersungguh-sungguh suatu pihak untuk berkuasa dengan menjatuhkan pihak lain yang sedia ada, pilihanraya telah digunakan seoptima mungkin untuk mempastikan kemenangan. Pilihanraya tidak lagi dilihat sebagai medan aman memilih wakil dan pemimpin.
Pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung awal April lepas adalah bukti ketara bagaimana kawasan parlimen dan DUN yang terlibat kelihatan seperti kawasan darurat. Ada pihak yang telah memberi nama buruk kepada demokrasi sehingga tenaga kerja PDRM yang besar terpaksa dikerahkan dengan pembinaan markas-markas pihak keselamatan.
Ini bukanlah senario yang mahu Tuanku lihat di dalam negeri jajahan takluk baginda. Keadaan itu bukan juga yang Tuanku mahu rakyat rasakan kerana mengetahui ketenteraman orang ramai akan terjejas dan terancam.
Biduk berlalu kiambang bertaut
Sebagai rakyat sebuah negeri yang beraja, pemimpin dan rakyat biasa negeri Perak sepatutnya menerima keputusan baginda Tuanku dengan rela dan berlapang dada. Sebarang konflik dengan istana hendaklah sebaik-baiknya dielakkan.
Istana serta institusi beraja adalah lambang terakhir keutuhan jati diri rakyat dan negeri. Jika institusi raja runtuh perpaduan rakyat dan negeri juga mungkin ikut tumbang. Rakyat mungkin tidak dapat bersatu di bawah lambang politik kepartian, kepercayaan agama dan juga bangsa. Namun demikian, rakyat masih boleh bersatu dan disatukan di bawah lambang raja yang memerintah.
Bukan sesuatu yang mudah untuk baginda Tuanku menghakimi dan mengadili tuntutan mahupun kehendak rakyat setelah mengambil kira citarasa rakyat yang pelbagai dan berbeza. Namun, bukan sesuatu yang payah untuk segenap lapisan rakyat bersama-sama berpadu menerima keputusan baginda Tuanku untuk meleraikan kekusutan konflik perlembagaan di negeri Perak.

Monday, April 13, 2009
Dari demokrasi menuju anarki
Kejadian huru hara oleh penunjuk perasaan rakyat Thailand berkemeja t merah di Pattaya minggu lepas tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi. Penunjuk perasaan yang terlibat sewajarnya memikirkan tentang hak rakan segenara yang menyokong kerajaan Abishit Vejajiva. Lebih dari itu, mereka sewajarnya menginsafi nasib Thailand yang turut terjebak dalam kancah kemelut ekonomi sedunia yang semakin muram. Apakah keutamaan para penunjuk perasaan yang terlibat? Adakah mereka lebih mengutamakan emosi kerana Takhsin Shinawatra telah kehilangan kuasa berbanding dengan keutamaan untuk bersatu membina masa depan negara yang lebih baik? Jawapannya hanya ada pada rakyat Thailand sendiri.
Kejadian di Thailand membuktikan bahawa demokrasi bukanlah preskripsi terbaik dalam memerintah, mentadbir dan membina negara. Sekiranya jatuh ke tangan yang tidak bertanggungjawab demokrasi boleh membawa kepada anarki seperti yang sedang di terjadi negara gajah putih itu. Sememangnya demokrasi banyak memberikan hak yang sewajar dan sepatutunya kepada rakyat, tetapi adakah hak tersebut termasuk untuk menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan secara paksa melalui tunjuk perasaan di jalanan? Sudah tentu ini bukannya semangat dan tujuan demokrasi. Demokrasi bertujuan untuk diamalkan sebagai hak yang terletak ke atas rakyat demi manfaat rakyat dan sesebuah negara itu sendiri. Seandainya demokrasi tidak lagi memberi manfaat kepada rakyat dan negara, maka bolehlah dikatakan bahawa demokrasi bukan lagi menjadi alat yang berkesan.
Di alaf yang baru di tengah-tengah kepesatan ilmu dan teknologi masih ada lagi negara yang tidak mengamalkan demokrasi, antaranya Arab Saudi dan Republik Rakyat China. Mengapakah kedua-dua negara ini masih mengamalkan sistem yang sedia ada dan bukannya demokrasi? Pastinya pemimpin-pemimpin negara tersebut sedar dan faham bahawa dalam konteks pemerintahan negara mereka masing-masing, demokrasi tidak akan membawa negara mereka ke mana melainkan menuju kehancuran.
Sebagai sebuah negara Islam, Arab Saudi tidak memerlukan demokrasi. AlQuran dan hadith sudah cukup untuk menggariskan hak serta obligasi di antara kerajaan dan rakyat serta tidak memerlukan kaedah pemikiran asing dalam memperundangkan hubungan antara kerajaan dan rakyat. Amalan demokrasi di negara China pula akan bertentangan dengan fahaman komunisme yang telah mereka amalkan semenjak Mao Tze Tong mengambil alih kuasa sekitar penghujung tahun 1940-an. Walaupun China kelihatan mengamalkan dasar yang lebih terbuka semenjak setelah Deng Xiao Peng menjadi pengerusi parti, China masih keberatan untuk mendakap erat demokrasi.
Lihat saja demokrasi yang kini diamalkan Iraq. Adakah demokrasi membawa kepada keamanan di negara Teluk Parsi itu? Adakah kesejahteraan mengekori demokrasi yang diamalkan di nagara bermazhab Sunnah dan Shiah itu? Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat telah memperoleh lebih kuasa untuk menentu dan memilih kerajaan berbanding zaman Saddam Hussein, tetapi mampukah kuasa seumpamanya membawa perpaduan dan kemajuan ekonomi?
Lihat juga amalan demokrasi di Indonesia. Perbelanjaan yang besar terpaksa ditanggung semata-mata untuk membolehkan rakyat mengamalkan hak mereka untuk memilih kerajaan. Bukankah lebih baik sekiranya wang rakyat dan negara itu digunakan untuk membasmi kemiskinan yang sememangnya tinggi selama ini? Setiap empat atau lima tahun kerajaan terpaksa berbelanja atas nama demokrasi dan bayangkan apakah yang boleh dilakukan dengan wang tersebut dalam tempoh dua puluh tahun jika digunakan sebaik mungkin atas tujuan memanfaatkan rakyat.
Sesungguhnya demokrasi hanya boleh dianggap baik sekiranya ia membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Sekiranya demokrasi tidak lagi membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, pilihan yang lain mesti dicari menggantikan demokrasi. Dalam mencari pilihan untuk menggantikan demokrasi hak rakyat sewajarnya tidak dinafikan. Harapan kita sekarang ialah Malaysia tidak ikut terjerumus dengan gelombang anarki Thailand. Sudah cukup kita menderita dengan tsunami politik pada bulan Mac tahun lepas. Tindakan individu tidak bertanggungjawab berbaring di atas jalan bagi menghalang kereta pemimpin kerana emosi di Istana Iskandariah Februari lalu adalah petanda buruk tentang mereka yang tidak pandai menghargai demokrasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)